Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (PIPK) berfungsi untuk menyelaraskan serta mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi profesionalisme. Jabatan berhasrat dapat mengembelingkan kepakaran serta tenaga pensyarah-pensyarah untuk menghasilkan projek penyelidikan dan inovasi yang berkualiti dengan kuantiti yang lebih tinggi. Selain itu jabatan ini juga berperanan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan berteraskan kemahiran dan iklim organisasi bagi mempertenguhkan penyelidikan, pembangunan inovasi dan penataran di IPG-IPT.


Sebelum tahun 2009 Jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme (JPIPK). Pada 16 Februari 2009 Jabatan JPIPK mendapat penjenamaan baru dan diwartakan sebagai Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (PIPK). Serentak dengan penjenamaan itu Jabatan PIPK diperuntukkan lima orang ahli tetap di dalam jabatan, iaitu seorang Ketua Jabatan yang diperuntukkan taraf perjawatan DG48 dan empat orang Ketua Unit iaitu Ketua Unit Perancangan Pengurusan Penyelidikan Inovasi, Ketua Unit Penilaian Program, Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme Kesarjanaan dan Ketua Unit Inovasi Penataran. Pemberatan tugas para pensyarah tetap di Jabatan PIPK dalam nisbah 60:40, iaitu 60% tugas-tugas dalam jabatan PIPK dan mengajar subjek penyelidikan manakala 40% diberikan tugas mengajar dalam subjek masing-masing. Jabatan PIPK juga diwakili seorang pensyarah dari setiap jabatan untuk mengendalikan dan menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan inovasi.

Visi Jabatan

Penyelidikan dan inovasi sebagai satu budaya kerja dalam memingikatkan kualiti pensyarah IPG Kampus Tawau

Misi Jabatan

Pendidik guru sebagai penyelidik yang aktif, peningkatan kualiti kerja melalui penyelidikan dan inovasi kendiri sebagai mengangani perubahan pembangunan diri serta organisasi

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IPG KAMPUS TAWAU 2012

Seminar penyelidikan ini berlangsung selama 4 hari (11-14 September) bertempat di Dewan Refflesia IPG Kampus Tawau. Panel 1 terdiri daripada Dr Mohd Johan Bin Zakaria (Timbalan Pengarah), Dr Jefridin Pilus (KJ PIPK) dan Ms Bridget (KJ Bahasa).